Sunday, 24 August 2014

Ijazah sarjana muda perbankan islam uitm

Assalamualaikum  ...
Malam ni tangan ni rasa gatal nak menaip.Apa yg pasti ,setiap orang ada kisah suka dan duka..Semua orang tahu aku seorang pelajar undang-undang UITM.Alhamdulillah,selepas tamat je asasi undang-undang di uitm kampus kuantan pahang, aku bekerja untuk hilangkan rasa bosan.12 AUGUST 2014,tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar dari semua universiti...Ye la, nak tahu dapat sambung degree ke tak.Time tu tengah kerja..Okay, no wonder perasaan berdebar tu dah tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata..Kononnya pukul 12 akan diumumkan keputusan upu..Apa yang terpapar kat skrin laptop ni "anda tidak ditawarkan di mana-mana universiti"..Saat tu air mata dah bergenang, tangan dah menggeletar.Kini ternyata aku dah tak mampu buat abah n mama tersenyum.Arghh...aku terlupa aku kan pelajar penerapan,asal gelabah macam ayam hilang telur..perasaan dah stabil sikit,aku call kawan-kawan aku.."Result penerapan keluar pukul 5 kan,asal kau gelabah semacam ni"..Aku yang dah tak berapa nak sabar try2 la tekan,time tu pukul 3 lebih..hah, result dah keluar rupanya.."harap-harap la dapat sambung degree" itu aje yang ada dalam kepala otak..Tadaaaaaaaaa...alhamdulillah,aku ditawarkan belajar di UITM kampus Segamat,Johor kos ijazah sarjana muda perbankan islam.

Tamparan yang hebat dari saudara mara..jangan kata,naik menanah telinga ni duk menadah "tetiba bank pulak,bukan ke belajar law" , "hah, dah kenapa pula law ke banking ni"...perghh..macam2 lagi laa..Pointer takde laa gempak sangat tapi untuk sambung law memang layak tapi MUET, bukannya tak usaha..dua kali tau..Buat sape2 yang nak further degree in law, mesti dapat band 4..Alhamdulillah,dapat band 3,itu pon yang ke 2 kali..first time MUET band 2..nampak tak usaha kat situ..tapi itulah,orang lain bukannya nak faham perasaan kita ni.Ini pon dah cukup bersyukur dapat sambung degree..bayangkan yang tak dapat sambung degree..Tak kisah laa bidang apa yang diceburi kerana ilmu yang dituntut itu adalah dari ALLAH.Buat sesiapa yang time diploma or asasi belajar lain then degree belajar lain, jangan takut sebab ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita.."kun fayakun"..Buat mereka yang di luar sana suka sangat nak mengata orang, cuba cermin sikit diri sendiri..Kita sesama sendiri mesti bagi support bukannya nak mengata aje..depan2 pulak tu..ish...ish...ish...

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi pengalaman saya mendapatkan persetujuan pinjaman dari perusahaan pinjaman Tn. Pedro, yang mana pengajuan pinjaman saya ditolak oleh bank karena kredit saya buruk. Namun Pedro memberi saya pinjaman dengan bunga 3%, sebesar 7 juta dolar AS. Saya akan mendorong orang lain yang mencari pinjaman untuk menghubungi kantor pinjaman Pedro melalui email di pedroloanss@gmail.com atau WhatsApp di +393510140339.

    ReplyDelete