Cukuplah hanya ALLAH yang mengetahui bahawa aku telah jatuh cinta pada seseorang kerana cinta pada ALLAH yang kekal abadi.Dalam setiap sujud, senantiasa bermohon agar ALLAH menjaga orang yang aku sayang.Berharap si dia akan menjadi pendamping seumur hidupku namun ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik.Ku berdoa agar dirimu seantiasa dilindungi.Aku tahu masa akan menentukan segala-galanya.Meskipun suatu hari nanti, kau bukanlah milikku,aku akan terus berdoa agar kau bahagia.Impian dan cita-cita haruslah dilaksanakan.Perjalanan masih jauh, niat di hati ingin terus melangkah menuju destinasi , tanpa aku sedari aku telah jatuh cinta.Pada mulanya, aku telah berusaha untuk tidak jatuh cinta pada sesiapa namun rasa sayang dan kasih itu datang dari ALLAH.ALLAH Maha Mengetahui......
Aku meminta mama mendoakan kebahagiaan dan kejayaanku walaupun aku berada jauh darinya.Mama mengetahui soal perasaan aku terhadap si dia.Aku akan terus berdoa kerana hanya pada ALLAH tempat kita mengadu....Adakah si dia juga merasai apa yang aku rasa?Aku tahu,Allah menegetahui segalanya
No comments:
Post a Comment