Sunday, 24 August 2014

HAMIZAH!

Hamizah Asmadi..First time jumpa miza dekat Uitm Jengka..kitaorang sebagai pelajar Foundation of Law mesti daftar kat UITM Jengka then baru laa transit kat UITM Kuantan.Hmm..bagi aku Miza sangat istimewa..manja n comel..Semua orang dah dapat keputusan nak sambung degree kat mana..Aku semestinya ijazah sarjana muda perbankan islam kat Segamat, Miza pulak science admin dekat Seremban 3..Kita orang kena berpisah..Kadang2 orang selalu cakap hubungan akan renggang kalau kita berjauhan..tapi tak bagi aku..Aku memang rapat dengan Miza..Miza manja tau..Perkara yang aku x boleh nak lupa pasal dia.."Yana boleh tak tolong buatkan aku nescaffe"..time tu aku tengah study.."tak pe laa,kau study dulu,bila dah senang boleh laa buatkan aku nescafe"..Bila dia dah buat muka comel,aku buatkan..Aku ni nak katakan giler study, boleh laa..kalau study memang macam orang giler..eh2,ada ke orang giler study..one day,kita orang dah nak final exam..satu hari satu malam aku tak tidur..time matahari dah terbit..kepala aku macam dah tepu giler..itupun aku nak study agi..Miza ajak aku p panatai Teluk Cempedak kalau tak silap.Aku setuju aje..time kat sana aku rasa tenang sangat..selfie sama2..itu gambarnya...Miza dah buat aku rasa tenang bila dia ajak aku keluar..Aku faham bila otak dah tak ley nak hadam..kenalah rehat..tapi bila fikir pasal mama n abah, nak sambung degree lagi,semua tu rasa macam kena hempap ngan batu..Hamizah jugak sukakan horror story..orang selalu cakap" perempuan dengan novel cinta tak boleh dipisahkan "...lain pulak Hamizah "Horror story n Hamizah "..aku sayangkan persahabatan ni..Aku doakan yang terbaik untuk kau!


                                                 Lyana...Tasha...Hawa...Hamizah

Ijazah sarjana muda perbankan islam uitm

Assalamualaikum  ...
Malam ni tangan ni rasa gatal nak menaip.Apa yg pasti ,setiap orang ada kisah suka dan duka..Semua orang tahu aku seorang pelajar undang-undang UITM.Alhamdulillah,selepas tamat je asasi undang-undang di uitm kampus kuantan pahang, aku bekerja untuk hilangkan rasa bosan.12 AUGUST 2014,tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar dari semua universiti...Ye la, nak tahu dapat sambung degree ke tak.Time tu tengah kerja..Okay, no wonder perasaan berdebar tu dah tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata..Kononnya pukul 12 akan diumumkan keputusan upu..Apa yang terpapar kat skrin laptop ni "anda tidak ditawarkan di mana-mana universiti"..Saat tu air mata dah bergenang, tangan dah menggeletar.Kini ternyata aku dah tak mampu buat abah n mama tersenyum.Arghh...aku terlupa aku kan pelajar penerapan,asal gelabah macam ayam hilang telur..perasaan dah stabil sikit,aku call kawan-kawan aku.."Result penerapan keluar pukul 5 kan,asal kau gelabah semacam ni"..Aku yang dah tak berapa nak sabar try2 la tekan,time tu pukul 3 lebih..hah, result dah keluar rupanya.."harap-harap la dapat sambung degree" itu aje yang ada dalam kepala otak..Tadaaaaaaaaa...alhamdulillah,aku ditawarkan belajar di UITM kampus Segamat,Johor kos ijazah sarjana muda perbankan islam.

Tamparan yang hebat dari saudara mara..jangan kata,naik menanah telinga ni duk menadah "tetiba bank pulak,bukan ke belajar law" , "hah, dah kenapa pula law ke banking ni"...perghh..macam2 lagi laa..Pointer takde laa gempak sangat tapi untuk sambung law memang layak tapi MUET, bukannya tak usaha..dua kali tau..Buat sape2 yang nak further degree in law, mesti dapat band 4..Alhamdulillah,dapat band 3,itu pon yang ke 2 kali..first time MUET band 2..nampak tak usaha kat situ..tapi itulah,orang lain bukannya nak faham perasaan kita ni.Ini pon dah cukup bersyukur dapat sambung degree..bayangkan yang tak dapat sambung degree..Tak kisah laa bidang apa yang diceburi kerana ilmu yang dituntut itu adalah dari ALLAH.Buat sesiapa yang time diploma or asasi belajar lain then degree belajar lain, jangan takut sebab ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita.."kun fayakun"..Buat mereka yang di luar sana suka sangat nak mengata orang, cuba cermin sikit diri sendiri..Kita sesama sendiri mesti bagi support bukannya nak mengata aje..depan2 pulak tu..ish...ish...ish...